KHAZANAH ILMU ISLAM

MENCARI REDHA ALLAH MEMPERTEGUH IMAN MENYUSURI JALAN AKHIRATI KEKAL ABAD

Monday, September 1, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

( BERSAMA ISTERI TERSAYANG DI RENAISENCE HOTEL)


SYUKUR ALHAMDULILLAH kerana kita masih berkesempatan menyambut bulan Ramadhan bagi tahun 1429. Saya di sini mengambil kesempatan mengucapkan selamat Berpuasa kepada semua warga SMKBG dan terutamanya anak-anak yang menghuni asrama SMKBG.

Mudahan bulan Ramadhan tahun ini seperti tahun-tahun yang lalu. Dipenuhi dengan ibadat seperti bertadarrus setiap kali selepas solat asar, berbuka puasa di dewan makan secara berjemaah, diikuti solat magrib berjemaah, tazkirah ramadhan, solat tarawikh dan seterusnya bersahur.

Kenangan bersama anak-anak didik di asrama suatu yang sukar diperolehi saat ini. Kemeriahan yang tak terkata dan keasyikan bertarawikh yang jarang diperolehi selepas keluar dari SMKBG. Teringat kepada zaman Abd Manan Abd Rahman yang boleh dikatakan pelajar SMKBG yang sukar hendak dicari ganti, boleh dikatakan Manan memiliki semua yang diperlukan oleh seorang guru sebagai pengganti sewaktu ketiadaan Imam. Harapan saya agar Manan seperti dahulu jua.


Begitu juga Nik Mohd Fuad, yang saya rasa amat bermakna bagi pelajar yang tinggal di asrama, sejak 2006 lagi suara Fuad akan didengari bila tibanya waktu azan dan sewaktu membaca mathurat, boleh dikatakan dia anak didik Abd Manan yang berjaya. Fuad seringkali berperanan
dalam hal-hal keagamaan. Mudaha suatu haru nanti Fuad akan berjaya kerana keberkatan Allah swt. Ramai lagi yang tak mampu nak diceritakan disini.


Saat ini, ramadan ini saya teringat kepada semua anak didik yang pernah saya jaga. Entah kemana perginya Wan mohd zamaksyari, kemana menghilangnya Mohd redzuan, kemana perginya Malik Abd Rahman dan ramai lagi sampai tak ingat saya. Namun bila Ramadhan menjelma ingatan kepada suasana ramadhan smkbg mengamit rasa mencuit rindu, membayang wajah nakal dan ceria...namun kini tinggal kenangan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home