KHAZANAH ILMU ISLAM

MENCARI REDHA ALLAH MEMPERTEGUH IMAN MENYUSURI JALAN AKHIRATI KEKAL ABAD

Thursday, August 7, 2008

ISRAK MIKRAJ MUKJIZAT AGUNG.


Assalamualaikum kepada pelawat blog ini,

Saban tahun bilanya tiba 27 Rejab semua umat islam akan membicarakan peristiwa israk mikraj nabi SAW sebagaimana yang diceritakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran surah al-isra:

firman Allah swt bermaksud:


"Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNYa Muhammad SAW pada satu malam dari masjidil Haram ke masjidil Aqsa yang berkati sekelilingnya,supaya diperlihatkan kepada
mereka tanda-tanda kekuasaan Kami.sesungguhNya dialah Allah Yang Amat Mendengar lagi amat mengetahui"
Peristiwa agung ini berlaku dengan roh dan jasad sebagaimana yang dinyatakan dalam maksud ayat di atas itu tadi. Ianya berlaku semasa Rasulullah saw berada di Hijr Ismail di sisi kaabah. Tiba-tiba datanglah Jibrail dan mikail serta malaikat-malaikat lain membawa nabi saw ke telaga zam-zam dan mereka membelah dada rasulullah saw dari lubang leher hinggalah ke bawah pusat.Pembedahan seumpama ini berlaku tiga kali ke atas Rasulullah saw iaitu semasa baginda sedang dibesarkan oleh halimah as Saadiah, kedua semasa kebangkitan menjadi rasul dan ketiga semasa peristiwa untuk di Israk mikrajkan.
Kita umat Islam wajib mengingati peristiwa ini, kerana detik ini bermulanya konsep penghambaan kita kepada Allah swt. Tidak ada ibadat yang Allah kurnia kan terus kepada hamba-hambanya sejak Adam as sehingga ke Nabi Isa as, hanya umat Muhammad saw yang menerima satu ibadat secara langsung daripada Allah swt. Ini menunjukkan betapa besarnya Ibadat solat di sisi Allah swt. Oleh sebab itu jugalah Allah swt mengatakan bahawa Solat itu pembuka pintu syurga, pembuka segala rahmat dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
Oleh itu marilah sama-sama kita ambil iktibar dari peristiwa israk mikraj sebagai titik tolak ke arah kebaikan hidup kita di dunia yang fana ini.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home