Monday, November 2, 2009
Sunday, October 25, 2009
HADIS PENAWAR HATI
HADIS PERTAMA: EMPAT PERTANYAAN MESTI DIJAWAB

MAKSUDNYA:
Daripada Abu Barzah Nadhiah binUbaid al-aslami radiallahu anhu kata: Bersabda Rasulullah saw"Belum berganjak lagi kedua ka seorang hamba(di hadapan Allah swt di hari akhirat) sehingga terlebih dahulu akan ditanya tentang umurnya,untuk apa dihabiskannya, dan akan ditanya tentang ilma untuk apa ia melakukannya.dan akan ditanya lagi tentang hartanya, daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya dan akan ditanya tentang tubuh badannya untuk apa digunakannya.
hadis driwayat: Tirmizi(sohih)
Monday, October 19, 2009
SALAM BUAT SEMUA WARGA SMK BT GAJAH

assalamualaikum,
Lama tak menulis, bukan apa laman blog ni tak dapat dibuka hampir setahun kerana terlupa kata kunci dan alamat email.Entah kenapa malam ini saya mencuba hampir 2 jam mengingati alamay email yang digunakan.
Syukur , alhamdulillah dapat saya berkarya untuk semua. Entah kenapa saya amat merindui suasana di Batu Gajah.Apatah lagi suasana kehidupan di asrama, hidup saya terasa serba kekurangan dan seperti ada yang perlu saya lakukan pada setiap hari.Dahulu saya selalu sibuk dengan rutin harian yang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga.Namun terasa puas apabila dapat melihat kesan yang diperolehi.
Apapun kehidupan perlu diteruskan walau dalam suasana berbeza.Pengaalaman yang paling menyeronokkan ialah mengurus pelajar tahun 2006 hingga 2007.Banyak kerenah yang terjadi maklum jaga budak besar.Namun sokongan daripada isteri dan anak-anak membuat saya mampu melakukan tugas walaupun terkadang berlaku badai ombak melanda dalm kehidupan.Hakikatnya ia mematangkan kita dalam menjadi pemimpin yang lebih baik.
Tuesday, October 28, 2008
MURID TENDANG GURU
2 minggu lepas kita dikejutkan dengan satu kejadian yang amat memalukan kepada institusi pendidikan kita. Entah apa silapnya dengan dunia pendidikan hari ini sehingga tergamak seorang pelajar perempuan menumbuk dan menendang guru perempuan di dalam kelas .
Berita ini membuat semua orang terfikir apa sudah jadi dengan dunia persekolahan hari ini. Kenapa lahir pelajar sebegini? Pasti ramai akan berkata pendidikan hari ini masih gagal mengatasai keruntuhan akhlak di kalangan pelajar kita.
Di waktu yang sama saya ingin mengajak semua pembaca merenung hadis nabi yang bermaksud:
" Setiap anak yang dilahirkan adalah suci bersih, maka ibu bapanyalah yang akan
mencorak anaknya sama ada menjadi nasrani ataupun yahudi"...sahih.
Apa yang saya ingin tekankan dalam pembentukan anak-anak seawal 0-12 tahun menjadi amanah besar Allah swt kepada ibu bapa. Dalam umur inilah segala akhlak dan contoh teladan yang baik perlu disemai dan dibaja. Anak harus dididik dengan budi pekerti luhur ibu bapa itu sendiri. Pendedahan tutur kata dan amalan kehidupan ibu bapa seharian akan menjadi amalan anak-anak yang dididik. Latihan solat berjemaah dirumah bersama, makan bersama, menonton bersama akan membentuk anak yang menghormati ibu bapa dan seterusnya akan terbentuk anak yang berakhlak tinggi.
Namun hari ini, berapa kerap ibu bapa yang meluangkan masa untuk anak mereka. Ibu bapa akan berhabis duit menghantar anak ke kelas iqra dan kelas tuisyen. Tanpa kita menyedari bahawa tanggungjawab yang Allah amanahkan telah kita tidak mampu laksanakan. Saat ini anak sudah menganggap ..bapa aku pun tak pandai mengaji.....lantaran itu anak yang menghadiri kelas-kelas fardhu pun terus gagal mencapai matlamat kerana anak melihat kepada ibu bapa mereka yang sudah pincang.
Lantaran kegagalan pendidikan peringkat pertama ini, ibu bapa cuba mencari jalan memperbaiki kelemahan yang ada dengan mengharapkan alam persekolahan berjaya mengatasi kelemahan yang ada.Kita harus ingat bahawa pengaruh rakan sebaya hanya mampu dikekang pengaruhnya melalui kekuatan pendidikan yang kental oleh ibu bapa di rumah. Jika mreka berjaya menanam betapa pentingnya anak-anak memilih rakan yang baik bagi mengelak gejala buruk berlaku. Harus diinga anak yang baik sahaja akan mencari rakan yang baik, manakala anak yang bermasalah akan terus mencari rakan yang mampu mengisi kehendak naluri mereka yang sudah pasti bertentangan dengan norma masyarakat dan agama.
Pembentukan sahsiah dan akhlak remaja di sekolah yang sering dibebankan kepada guru agama yang dipanggil ustaz atau ustazah.Kalau inilah harapan kita, maka bererti kita akan gagal mencapai matlamat yang diharapkan. Guru agama akan bertemu anak-anak kita di sekolah menengah hanya 3 jam dalam seminggu dari jumlah keseluruhan 35 jam sewaktu sesi pembelajaran di sekolah. Puratanya lebih kurang 35 minit sehari, bayangkan apa yang boleh dibentuk dengan 35 minit oleh seorang bernama ustaz dengan puluhan murid setiap kali mereka mengajar anak kita di kelas. Sedangkan ibu bapa pula hanya berdepan dengan 3 atau 7 orang anak dirumah yang dibantu pula oleh ibunya.
Tetapi apabila berlaku sesuatu masalah dikalangan remaja/pelajar gurulah yang selalu dipersalahkan, apa yang ustaz buat, apa yang guru kauseling buat, apa yang pengetua buat, tapi jarang kita bertanya kepada ibu bapa, apa yang ibu dan ayah lakukan untuk memastikan anaknya menjadi baik, berakhlak dan bermoral.
Tanyakan kepada diri kita sebagai ibu bapa, apa yang kita buat untuk anak-anak kita?
Sunday, September 21, 2008
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
ASSLAMUALAIKUM WBRKTH.
DIKESEMPATAN INI SAYA DAN KELUARGA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA WARGA SMKBG TERUTAMA PELAJAR-PELAJAR ASRAMA, GURU-GURU DAN BEKAS PELAJAR-PELAJAR SMK BATU GAJAH YANG MENGENALI SAYA.
JUTAAN KEMAAFAN DIPOHON SEKIRANYA SAYA PERNAH MELAKUKAN KESALAHAN DAN KESILAPAN SEPANJANG SAYA MENGENALI DAN MENJAGA ANDA SEMUA.HALALKAN JUGA JIKA TERMAKAN, TERAMBIL , TERHUTANG SEMASA KITA BERHUBUNGAN SEPANJANG SAYA DI SMK BT GAJAH.
MARILAH KITA JADIKAN AIDILFITRI TAHUN INI SEBAGAI JAMBATAN UKHUWAH ISLAMIAH ANTARA KITA SEMUA. APA YANG PENTING, KITA HARUS MENILAI DAN MUHASABAH DIRI KITA SEPANJANG RAMADHAN YANG BERLALU,AGAR IA MENJADIKAN UMMAH YANG BERSYUKUR DAN BERTAKWA KEPADA ALLAH SWT.SALING BERMAAF-MAAFAN ANTARA KITA,JAUHI SIFAT DENDAM SERTA HASAD DENGKI DALM DIRI KITA. IKHTIBARKAN DIRI KITA DENGAN MENJADI RAMADHAN YANG AKAN KITA TINGGALKAN BEBERAPA HARI LAGI SEBAGAI BULAN YANG MEMISAHKAN KITA DAENGAN KEBATHILAN.
AKHIR KATA SAMBUTLAH SALAM AIDILFITRI DARI SAYA SEKELUARGA BUAT SEMUA YANG MENGENALI SAYA....SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHAIR DAN BATIN.
Monday, September 15, 2008
KIMPULAN NASYID AL IKHWAN



Adakah anda semua masih ingat,,kehebatan kumpulan nasyid Smk Batu Gajah dan khususnya kepada asrama SMK Batu Gajah. Kumpulan Al Ikhwan terutama pada tahun 2003 telah disegani kerana pertama kalinya mewakili Kelantan ke Pesta Nasyid Anti dadah peringkat kebangsaan di Perlis.
Kita menghargai kerja keras para guru dan pelajar berlatih siang malam untuk menentukan ianya berjaya. Penyanyi solonya Mokhtar dan wan mohd Zamaksyari dan pemukul gendangnya Malik dan Manan yang mereka semuanya cukup hebat dipersada nasyid Tanah Merah Kelantan. Namun ia tidak akan berjaya tanpa ahli kumpulan yang
saling bekerjasama, Namun itu cuna nastolgia kini, mereka semua sudah membawa haluan
entah ke mana. Namun ia tetap terpahat di dada SMK Batu Gajah...mereka yang terbaik.
KENANGAN DI 5 SIGMA 2005

Gamabar kenangan ini dihantar oleh seorang bekas pelajar 5 Sigma tahun 2005. Saya memasukkan ke blog sebagai tatapan kenangan kepada semua pelajar % sigma. Dengan harapan kata pengirim ia dapat mengingatkan nastolgia kita ketika bersama dulu. Di kesempatan ini juga pengirim(Dik-Jah) berdoa semoga semua berjaya dalam cita-cita masing-masing.JIka panjang umur kita akan dapat berjumpa lagi bagi menyambung silaturrahim yang lama tak terjalin kerana tugas masing-masing.
ihsan Norhafizah 5s.
Friday, September 12, 2008
PESANAN NABI MUHAMMAD SAW
5 perkara menghindarkan akhlak buruk kepada orang yang berpuasa wajib (meninggalkan akhlak buruk). Segala tingkah lakunya harus cerminan daripada budi yang luhur. Kita wajib menjaga diri jangan sampai melakukan ghibah seperti mengata orang lain, gosip dan melakukan hal yang tiada berguna.
Pada Ramadan ini, umat Islam sangat digalakkan memperbanyakkan menyebut mengenai lima perkara seperti yang disarankan oleh Nabi Muhammad saw.Insya-Allah dengan selalu menyebut dan mengingatinya memberi kesedaran kepada kita sepanjang Ramadan ini.Rasulullah mengingatkan umatnya mengenai lima perkara itu iaitu:
1 -Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk;
2-Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
3-Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal kematian daripada hal kehidupan;
4-Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
5-Jangan sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.
Semoga lima perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan ketika Ramadan ini
Friday, September 5, 2008
TAZKIRAH RAMADHAN
TAZKIRAH RAMADHANRAMADHAN BULAN AL-QURAN
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia menggantikan puasa sebanyak (hari yang dia berbuka) itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.
Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
FIRMAN ALLAH SWT BERMAKSUD:
Oleh itu, sesiapa daripada antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) ALLAH menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjukNYA dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah: 183 – 185.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, Karangkraf dengan kerjasama Alaf21 dan Karya Bestari menyediakan Risalah Ramadan untuk diedarkan secara percuma kepada umat Islam sekitar Lembah Kelang dan KL.
Ini merupakan tahun ketiga kita melakukan amal jariah ini. Mudah-mudahan setiap yang terbabit sama dalam proses ia dibukukan sehinggalah diterbitkan dan diamalkan oleh umat Islam lain akan mendapat saham di akhirat kelak dan menjadi salah satu amal jariah yang tidak putus-putus pahalanya sehinggalah ke hari kiamat.
Bersama-sama ini, saya sertakan fail "Tazkirah Ramadan" dalam bentuk PDF untuk manfaat kita bersama. Diharapkan saudara-saudari yang mendapat risalah ini dapat memperpanjangkannya kepada rakan-rakan dan sahabat handai yang lain. Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaatnya di dunia dan akhirat.
Firman ALLAH S.W.T:
"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada TUHANmu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya serta orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. (Ingatlah), ALLAH mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." - Surah Ali 'Imran: 133 – 134.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tibalah kepada kamu sekarang Ramadan. Bulan penuh Rahmat. ALLAH telah mewajibkan kepada kamu berpuasa pada bulan ini. Dalam tempoh itu, pintu-pintu langit dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan dirantai. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Sesiapa yang terlepas daripada kebaikannya, maka dia amatlah rugi." - Hadis sahih riwayat al-Nasaai.
Tuesday, September 2, 2008
SELAMAT MENGHADAPI PERCUBAAN SPM DAN STPM 2008

Alhamdulillah , diam tak diam kita sekarang berada dalam bulan September. Bagi pelajar SPM dan STPM mereka akan menghadapi ujian sebenar dalam masa 2 1/2 bulan lagi, semua rasa berdebar , entah berjaya entahkan tidak.
Namun bagi sekolah, masa ini sesuai diadakan peperiksaan percubaan bagi kedua-dua peperiksaan utama bagi pelajar tingkatan 5 dan 6 atas.Harapan agar semua pelajar sudah siap sedia untuk menghadapi perjuangan ini, percubaan merupakan kayu pengukur kepada diri kita sendiri akan tahap persediaan kita untuk November kelak.
Usaha jangan kenal erti jemu dan kekecewaan. Senjata yang paling berguna ialah ulangkaji dan menumpukan sepenuh perhatian kepada guru dalam kelas.Saat ini kita penjarakan hati kita agar tidak leka, tidak membuang masa dan isikan dengan kerajinan dan usaha kita. Dont Give Up. ok Allah always with u all. be strong and happy, coz u are good son n u can get we proud...im trust u all..
Monday, September 1, 2008
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
SYUKUR ALHAMDULILLAH kerana kita masih berkesempatan menyambut bulan Ramadhan bagi tahun 1429. Saya di sini mengambil kesempatan mengucapkan selamat Berpuasa kepada semua warga SMKBG dan terutamanya anak-anak yang menghuni asrama SMKBG.
Mudahan bulan Ramadhan tahun ini seperti tahun-tahun yang lalu. Dipenuhi dengan ibadat seperti bertadarrus setiap kali selepas solat asar, berbuka puasa di dewan makan secara berjemaah, diikuti solat magrib berjemaah, tazkirah ramadhan, solat tarawikh dan seterusnya bersahur.
Kenangan bersama anak-anak didik di asrama suatu yang sukar diperolehi saat ini. Kemeriahan yang tak terkata dan keasyikan bertarawikh yang jarang diperolehi selepas keluar dari SMKBG. Teringat kepada zaman Abd Manan Abd Rahman yang boleh dikatakan pelajar SMKBG yang sukar hendak dicari ganti, boleh dikatakan Manan memiliki semua yang diperlukan oleh seorang guru sebagai pengganti sewaktu ketiadaan Imam. Harapan saya agar Manan seperti dahulu jua.
Begitu juga Nik Mohd Fuad, yang saya rasa amat bermakna bagi pelajar yang tinggal di asrama, sejak 2006 lagi suara Fuad akan didengari bila tibanya waktu azan dan sewaktu membaca mathurat, boleh dikatakan dia anak didik Abd Manan yang berjaya. Fuad seringkali berperanan
dalam hal-hal keagamaan. Mudaha suatu haru nanti Fuad akan berjaya kerana keberkatan Allah swt. Ramai lagi yang tak mampu nak diceritakan disini.
Saat ini, ramadan ini saya teringat kepada semua anak didik yang pernah saya jaga. Entah kemana perginya Wan mohd zamaksyari, kemana menghilangnya Mohd redzuan, kemana perginya Malik Abd Rahman dan ramai lagi sampai tak ingat saya. Namun bila Ramadhan menjelma ingatan kepada suasana ramadhan smkbg mengamit rasa mencuit rindu, membayang wajah nakal dan ceria...namun kini tinggal kenangan.
Wednesday, August 27, 2008
RAMADHAN BULAN KETABAHAN DAN KESABARAN
1 Ramadhan menjadi tarikh yang ditunggu oleh orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah swt . Umat nabi Muhammad saw merupakan umat yang paling bertuah kerana dikurniakan bulan yang penuh rahmah iaitu bulan Ramdhan.
Umat sebelum nabi saw juga difardhukan ibadah puasa namun ia tidak sama dengan puasa yang difardhukan kepada umat nabi Muhammad saw. Umat Muhammad saw diberikan keistimewaan begitu sekali oleh Allah swt , ini kerana umat Muhammad saw merupakan umat akhir zaman yang akan hidup di dunia yang penuh dengan cabaran, dugaaan serta godaan yang amat tinggi.
Sebagai Hamba Allah swt marilah kita sama-sama menyambut ramadhan pada tahun 1429H ini dengan penuh keikhlasan agar apa yang kita lakukan akan menjadi saksi ketaatan kita kepada Allah yang Maha ESa.
PERSOALAN yang perlu kita ambil ialah adakah puasa yang kita lakukan merupakan sebenar-benar puasa sebagaimana yang Allah tuntut ke atas kita. Sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud " IBADAT PUASA ITU IALAH UNTUKKU".Oleh itu kita HambaNya sewajarnyalah memandang serius terhadap yang Difirmankan Allah swt agar ibadat yang kita lakukan tidak menjadi ibadat yang sia-sia. Atau dengan kata lain apa yang kita dapat hanya sekadar lapar dan dahaga semata--mata.
Oleh itu, setiap umat Islam yang ingin berpuasa seharusnya sudah bersedia menyambut ketibaan Ramadhan. Hati kita dibersihkan dengn amalan-amalan sunat dan taubat kepada Allah swt.Begitu juga umat Islam harus mengikis sikap bahawa bulan puasa adalah bulan berbelanja, bulan menjamu selera, bulan melayan nafsu makan dadan berbagai tanggapan lagi oleh umat Islam.
Wednesday, August 13, 2008
DOA BUAT CIKGU WAN AZMAN
Kepada semua Warga SMKBG marilah kita semua berdoa kepada Hadrat Allah swt semoga memberikan keafiatan dan rahmatnya kepada ckigu Wan Azman yang baru minggu lalu melalui pembedahan di Perdana Medical Centre kerana barah usus.
Saya dan cikgu Idris berkesempatan menziarahi beliau ketika dirawat di sana ( 06.08.08) iaitu selepas 5 hari beliau dibedah. Kesihatan beliau semakin baik namun nampak begitu lesu dan mengalami susut badan yang agak ketara.
Kita berharap beliau akan cepat sembuh. Jadi harapan saya untuk semua pelajar SMKBG dan bekas pelajar yang mengenali beliau agar sama-sama berdoa agar cik gu Wan cepat sihat. Sepanjang saya mengenali beliau, cik gu wan amat prihatin atas tugas beliau terutama hal-hal berkaitan sukan dan olahraga sekolah. Pendek kata beliaulah tonggak kecemerlangan sukan sekolah.
RAMADHAN MENJELANG LAGI
Sinar Ramadhan bakal menjelma, syaaban yang kini dilalui sebagai bulan latihan kepada umat Islam berpuasa untuk menyambut ramadhan.Sememangnya kita merasa amat rindu kepada ramadhan , bahkan hati sentiasa berdebar-debar bila tibanya ramadhan bulan keampunan dan rahmat Allah swt.
Apa tidaknya, Ramadhan dipanggilnya juga bulan bagi Allah swt. Ini kerana Allah swt ingin menguji keimanan kita terhadapnya. Allah akan mengetahui yang sebenarnya dikalangan kita yang benar-benar bertakwa kepada Nya. Oleh sebab itulah Allah swt melipat gandakan pahla ibadat di bulan Ramadhan.
Allah swt juga memberikan kepada kita kurniaan yang tak terhingga banyaknya di bulan Ramadhan. Sehinggakan Allah menjadikan dibulan Ramadhan ini satu malam yang digandakan pahalanya menjadi seribu bulan. Begitulah pemurahnya Allah swt. Marilah sama-sama kita bertaubat atas segala dosa kita yang lalu. Memang kita semua membuat salah sama ada secara sedar atau pun tanpa disedari. Yang penting kita insaf akan dosa kita serta kita mulakan era baru dengan mencari redha Allah swt. Ampunkan dosa hambamu Ya Allah....Kerana kelemahan Iman Kami...Ketelanjuran Kami.....Ampunkanlah. Berilah kami kekuatan untuk melawan godaan syaitan dan geoladak Hawa Nafsu kami......semoga Saadiahmu..... akan muncul dalam kehidupan kami..Kebahgiaan (saadiah) di dunia dan akhirat...
Sesama manusia pula....hendaklah kita saling bermaafan..........katakan.........maafkanlah dosa yang telah ku lakukan padamu......maafkan.....tanpa maafmu saudaraku/saudariku........ku tak mungkin hidup tenang dunia dan akhirat. KIta harus mengakui setiap kesalahan yang kita lakukan.
Insya Allah Ramadhan yang akan tiba nanti, kita dapat lalui lebih baik berbanding tahun yang lalu.
Monday, August 11, 2008
CIRI-CIRI KEPERIBADIAN MUSLIM
Rasulullah saw telah menyatakan salah satu sebab beliau diutuskan kepada kita di dunia ini adalah sebagai pembentuk akhlak yang mulia.Oleh itu kita didedahkan dengan kehidupan Rasulullah yang sentiasa qanaah dan tawadduk kepada Allah swt.
Ciri Muslim yang pertama : Ihsan dan Ikhlas.
i-Ketika Rasulullah saw ditanya oleh Malaikat Jibril tentang erti ihsan maka jawab baginda:
الاحسان انتعبدالله كانك تراه وان لم تكن تراه فانه يراك
ertinya: Ihsan adalah melaksanakan perintah-perintah Allah dan menjauhi laranganNYa seolah kamu melihatNya mengawasi gerak-geri kamu, sekalipun kamu tidak dapat melihatNya tetapi Dia melihat Kamu.
seseorang muslim bersembahyang dia merasakan dirinya diawasi mendorong dia melakukan segala amal dan perbuatannya dengan penuh kesedaran.
ii- Ikhlas pula salah satu sifat terpuji dan terpenting dalam amalan kita terhadap Allah swt. Tanpa ikhlas ibadat kita tak akan bermakna di sisi Allah swt.
Ikhlas ialah melakukan suatu amalan kebajikan dengan niat dan tujuan semata-mata mendekatkan diri kepada Allah swt.
Sebagaimana Firman Allah swt dalam surah Al-Bayyinah ayat 5:
وَمَاامرواالاليعبدواالله مخلصين له الدين حنفأ
Ertinya:"Padahal mereka tidak diperintahkan kecuali untuk menyembah Allah secara ikhlas kepadaNya yang Maha Suci"
Menl-Basri:"Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah supaya saudara muslim menuju perkataannya,amalannya dan perjuangannya,menjurus kepada Allah swt untuk mencari RedhaNya dan PahalaNya tanpa memandang pada sebarang keuntungan kebendaan,pangkat serta gelaran.
Thursday, August 7, 2008
ISRAK MIKRAJ MUKJIZAT AGUNG.
Assalamualaikum kepada pelawat blog ini,
Saban tahun bilanya tiba 27 Rejab semua umat islam akan membicarakan peristiwa israk mikraj nabi SAW sebagaimana yang diceritakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran surah al-isra:
firman Allah swt bermaksud:
"Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNYa Muhammad SAW pada satu malam dari masjidil Haram ke masjidil Aqsa yang berkati sekelilingnya,supaya diperlihatkan kepada
mereka tanda-tanda kekuasaan Kami.sesungguhNya dialah Allah Yang Amat Mendengar lagi amat mengetahui"
Peristiwa agung ini berlaku dengan roh dan jasad sebagaimana yang dinyatakan dalam maksud ayat di atas itu tadi. Ianya berlaku semasa Rasulullah saw berada di Hijr Ismail di sisi kaabah. Tiba-tiba datanglah Jibrail dan mikail serta malaikat-malaikat lain membawa nabi saw ke telaga zam-zam dan mereka membelah dada rasulullah saw dari lubang leher hinggalah ke bawah pusat.Pembedahan seumpama ini berlaku tiga kali ke atas Rasulullah saw iaitu semasa baginda sedang dibesarkan oleh halimah as Saadiah, kedua semasa kebangkitan menjadi rasul dan ketiga semasa peristiwa untuk di Israk mikrajkan.
Kita umat Islam wajib mengingati peristiwa ini, kerana detik ini bermulanya konsep penghambaan kita kepada Allah swt. Tidak ada ibadat yang Allah kurnia kan terus kepada hamba-hambanya sejak Adam as sehingga ke Nabi Isa as, hanya umat Muhammad saw yang menerima satu ibadat secara langsung daripada Allah swt. Ini menunjukkan betapa besarnya Ibadat solat di sisi Allah swt. Oleh sebab itu jugalah Allah swt mengatakan bahawa Solat itu pembuka pintu syurga, pembuka segala rahmat dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
Oleh itu marilah sama-sama kita ambil iktibar dari peristiwa israk mikraj sebagai titik tolak ke arah kebaikan hidup kita di dunia yang fana ini.
Monday, August 4, 2008
SALAM UNTUK SEMUA WARGA SMK BATU GAJAH
Salam buat anak-anak didik terutama warga asrama smk Batu Gajah. Blog ini saya buat sebagai kenangan abadi saya untuk smk batu Gajah. Semoga dengan apa yang saya bina di blog ini akan menjadi tatapan semua warga smk batu gajah sama yang telah lama keluar sekolah atau masih bersekolah. lebih-lebih lagi yang tinggal di asrama sepanjang jagaan saya dan yang ingin terus mengingati saya.
Alhamdulillah , Allah swt memberi sedikit kekuatan pada saya serta sedikit ilmu untuk dikongsi bersama dengan semua pelajar.Pengalaman mengajar di sini cukup bermakna kepada saya. Begitu juga pengalaman menjadi warden dan ketua warden selama 7 tahun banyak memberi saya kesedaran dan pengajaran dalam melaksanakan tugas saya.
Bebanan tugas yang tak kira masa semasa menjadi warden asrama mengajar kita erti kesebaran dan kecekalan. Saya amat rindukan suasana kerja di smk batu Gajah yang tak mungkin akan saya temui lagi. Rindu kepada rakan setugas seperti Che Iberahim (PK HEM), Us Bakri , cikgu Yusri, Cikgu Bon, Cikgu Nik, ABe tar, En Arif , En . Mazlan , Hj Idris dan ramai lagi yang amat sukar bagi saya melupakan akan bimbingan, bantuan, serta semangat kerja kumpulan di antara warga smk Batu Gajah,
Walau apa pun , itulah yang dikatakan kenangan yang akan menjadi abadi sepanjang kita mengharungi kehidupan dan perjalanan tugas seorang guru. Di tambah pula kepada ingatan kepada gelagat anak didik yang dijaga selama 7 tahun , penuh pelbagai kerenah dan perangai. Bagaimana lagak si kembar (manan dan azhar), Waraknya si zamaksyuri, alimnya moh Fuad, nakal si sanusi, aktifnya si teger wood, bermacam lagi sampai terlupa mereka. Di samping gelagat anak perempuan yang tak sunyi disampuk hantu raya, terkejut dik lipan, trekedu dik usikan si putera, saadiah dihambat ustaz tak turun solat, siti mariam tak lekang dengan sejadah, syazwani yang tak larat diusung. si rokiah dengan emah lembut bahasanya, adillya kaya dengan senyuman, si ema ketua pelajar yang sering tersengih serta si nuraini sering terkejut diampuk orang minyak dari bt 8.....itu cerita-cerita spontan anak-anak yang pernah saya jaga.
semua itu menjadi cerita yang akan membuat kita tersenyum sendirian bila teringat gelagat anak-anak . Namun anak sendiri lebih bermakna dijaga, melihat anak senyum terubat segala duka , melihat ketawa si isteri hancur luluh masalah di kepala. Bagi Saya keluarga adalah segala-galanya.