KHAZANAH ILMU ISLAM

MENCARI REDHA ALLAH MEMPERTEGUH IMAN MENYUSURI JALAN AKHIRATI KEKAL ABAD

Wednesday, August 27, 2008

RAMADHAN BULAN KETABAHAN DAN KESABARAN

1 Ramadhan menjadi tarikh yang ditunggu oleh orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah swt . Umat nabi Muhammad saw merupakan umat yang paling bertuah kerana dikurniakan bulan yang penuh rahmah iaitu bulan Ramdhan.

Umat sebelum nabi saw juga difardhukan ibadah puasa namun ia tidak sama dengan puasa yang difardhukan kepada umat nabi Muhammad saw. Umat Muhammad saw diberikan keistimewaan begitu sekali oleh Allah swt , ini kerana umat Muhammad saw merupakan umat akhir zaman yang akan hidup di dunia yang penuh dengan cabaran, dugaaan serta godaan yang amat tinggi.

Sebagai Hamba Allah swt marilah kita sama-sama menyambut ramadhan pada tahun 1429H ini dengan penuh keikhlasan agar apa yang kita lakukan akan menjadi saksi ketaatan kita kepada Allah yang Maha ESa.

PERSOALAN yang perlu kita ambil ialah adakah puasa yang kita lakukan merupakan sebenar-benar puasa sebagaimana yang Allah tuntut ke atas kita. Sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud " IBADAT PUASA ITU IALAH UNTUKKU".Oleh itu kita HambaNya sewajarnyalah memandang serius terhadap yang Difirmankan Allah swt agar ibadat yang kita lakukan tidak menjadi ibadat yang sia-sia. Atau dengan kata lain apa yang kita dapat hanya sekadar lapar dan dahaga semata--mata.

Oleh itu, setiap umat Islam yang ingin berpuasa seharusnya sudah bersedia menyambut ketibaan Ramadhan. Hati kita dibersihkan dengn amalan-amalan sunat dan taubat kepada Allah swt.Begitu juga umat Islam harus mengikis sikap bahawa bulan puasa adalah bulan berbelanja, bulan menjamu selera, bulan melayan nafsu makan dadan berbagai tanggapan lagi oleh umat Islam.

Wednesday, August 13, 2008

DOA BUAT CIKGU WAN AZMAN





Kepada semua Warga SMKBG marilah kita semua berdoa kepada Hadrat Allah swt semoga memberikan keafiatan dan rahmatnya kepada ckigu Wan Azman yang baru minggu lalu melalui pembedahan di Perdana Medical Centre kerana barah usus.


Saya dan cikgu Idris berkesempatan menziarahi beliau ketika dirawat di sana ( 06.08.08) iaitu selepas 5 hari beliau dibedah. Kesihatan beliau semakin baik namun nampak begitu lesu dan mengalami susut badan yang agak ketara.


Kita berharap beliau akan cepat sembuh. Jadi harapan saya untuk semua pelajar SMKBG dan bekas pelajar yang mengenali beliau agar sama-sama berdoa agar cik gu Wan cepat sihat. Sepanjang saya mengenali beliau, cik gu wan amat prihatin atas tugas beliau terutama hal-hal berkaitan sukan dan olahraga sekolah. Pendek kata beliaulah tonggak kecemerlangan sukan sekolah.

RAMADHAN MENJELANG LAGI

Sinar Ramadhan bakal menjelma, syaaban yang kini dilalui sebagai bulan latihan kepada umat Islam berpuasa untuk menyambut ramadhan.Sememangnya kita merasa amat rindu kepada ramadhan , bahkan hati sentiasa berdebar-debar bila tibanya ramadhan bulan keampunan dan rahmat Allah swt.

Apa tidaknya, Ramadhan dipanggilnya juga bulan bagi Allah swt. Ini kerana Allah swt ingin menguji keimanan kita terhadapnya. Allah akan mengetahui yang sebenarnya dikalangan kita yang benar-benar bertakwa kepada Nya. Oleh sebab itulah Allah swt melipat gandakan pahla ibadat di bulan Ramadhan.

Allah swt juga memberikan kepada kita kurniaan yang tak terhingga banyaknya di bulan Ramadhan. Sehinggakan Allah menjadikan dibulan Ramadhan ini satu malam yang digandakan pahalanya menjadi seribu bulan. Begitulah pemurahnya Allah swt. Marilah sama-sama kita bertaubat atas segala dosa kita yang lalu. Memang kita semua membuat salah sama ada secara sedar atau pun tanpa disedari. Yang penting kita insaf akan dosa kita serta kita mulakan era baru dengan mencari redha Allah swt. Ampunkan dosa hambamu Ya Allah....Kerana kelemahan Iman Kami...Ketelanjuran Kami.....Ampunkanlah. Berilah kami kekuatan untuk melawan godaan syaitan dan geoladak Hawa Nafsu kami......semoga Saadiahmu..... akan muncul dalam kehidupan kami..Kebahgiaan (saadiah) di dunia dan akhirat...

Sesama manusia pula....hendaklah kita saling bermaafan..........katakan.........maafkanlah dosa yang telah ku lakukan padamu......maafkan.....tanpa maafmu saudaraku/saudariku........ku tak mungkin hidup tenang dunia dan akhirat. KIta harus mengakui setiap kesalahan yang kita lakukan.

Insya Allah Ramadhan yang akan tiba nanti, kita dapat lalui lebih baik berbanding tahun yang lalu.

Monday, August 11, 2008

PANORAMA ASRAMA SMKBG






GAMBAR AJK 2007



CIRI-CIRI KEPERIBADIAN MUSLIM

Rasulullah saw telah menyatakan salah satu sebab beliau diutuskan kepada kita di dunia ini adalah sebagai pembentuk akhlak yang mulia.Oleh itu kita didedahkan dengan kehidupan Rasulullah yang sentiasa qanaah dan tawadduk kepada Allah swt.

Ciri Muslim yang pertama : Ihsan dan Ikhlas.
i-Ketika Rasulullah saw ditanya oleh Malaikat Jibril tentang erti ihsan maka jawab baginda:

الاحسان انتعبدالله كانك تراه وان لم تكن تراه فانه يراك
ertinya: Ihsan adalah melaksanakan perintah-perintah Allah dan menjauhi laranganNYa seolah kamu melihatNya mengawasi gerak-geri kamu, sekalipun kamu tidak dapat melihatNya tetapi Dia melihat Kamu.
seseorang muslim bersembahyang dia merasakan dirinya diawasi mendorong dia melakukan segala amal dan perbuatannya dengan penuh kesedaran.
ii- Ikhlas pula salah satu sifat terpuji dan terpenting dalam amalan kita terhadap Allah swt. Tanpa ikhlas ibadat kita tak akan bermakna di sisi Allah swt.
Ikhlas ialah melakukan suatu amalan kebajikan dengan niat dan tujuan semata-mata mendekatkan diri kepada Allah swt.
Sebagaimana Firman Allah swt dalam surah Al-Bayyinah ayat 5:
وَمَاامرواالاليعبدواالله مخلصين له الدين حنفأ
Ertinya:"Padahal mereka tidak diperintahkan kecuali untuk menyembah Allah secara ikhlas kepadaNya yang Maha Suci"
Menl-Basri:"Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah supaya saudara muslim menuju perkataannya,amalannya dan perjuangannya,menjurus kepada Allah swt untuk mencari RedhaNya dan PahalaNya tanpa memandang pada sebarang keuntungan kebendaan,pangkat serta gelaran.

Thursday, August 7, 2008

ISRAK MIKRAJ MUKJIZAT AGUNG.


Assalamualaikum kepada pelawat blog ini,

Saban tahun bilanya tiba 27 Rejab semua umat islam akan membicarakan peristiwa israk mikraj nabi SAW sebagaimana yang diceritakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran surah al-isra:

firman Allah swt bermaksud:


"Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNYa Muhammad SAW pada satu malam dari masjidil Haram ke masjidil Aqsa yang berkati sekelilingnya,supaya diperlihatkan kepada
mereka tanda-tanda kekuasaan Kami.sesungguhNya dialah Allah Yang Amat Mendengar lagi amat mengetahui"
Peristiwa agung ini berlaku dengan roh dan jasad sebagaimana yang dinyatakan dalam maksud ayat di atas itu tadi. Ianya berlaku semasa Rasulullah saw berada di Hijr Ismail di sisi kaabah. Tiba-tiba datanglah Jibrail dan mikail serta malaikat-malaikat lain membawa nabi saw ke telaga zam-zam dan mereka membelah dada rasulullah saw dari lubang leher hinggalah ke bawah pusat.Pembedahan seumpama ini berlaku tiga kali ke atas Rasulullah saw iaitu semasa baginda sedang dibesarkan oleh halimah as Saadiah, kedua semasa kebangkitan menjadi rasul dan ketiga semasa peristiwa untuk di Israk mikrajkan.
Kita umat Islam wajib mengingati peristiwa ini, kerana detik ini bermulanya konsep penghambaan kita kepada Allah swt. Tidak ada ibadat yang Allah kurnia kan terus kepada hamba-hambanya sejak Adam as sehingga ke Nabi Isa as, hanya umat Muhammad saw yang menerima satu ibadat secara langsung daripada Allah swt. Ini menunjukkan betapa besarnya Ibadat solat di sisi Allah swt. Oleh sebab itu jugalah Allah swt mengatakan bahawa Solat itu pembuka pintu syurga, pembuka segala rahmat dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
Oleh itu marilah sama-sama kita ambil iktibar dari peristiwa israk mikraj sebagai titik tolak ke arah kebaikan hidup kita di dunia yang fana ini.

Monday, August 4, 2008

SALAM UNTUK SEMUA WARGA SMK BATU GAJAH

Salam buat anak-anak didik terutama warga asrama smk Batu Gajah. Blog ini saya buat sebagai kenangan abadi saya untuk smk batu Gajah. Semoga dengan apa yang saya bina di blog ini akan menjadi tatapan semua warga smk batu gajah sama yang telah lama keluar sekolah atau masih bersekolah. lebih-lebih lagi yang tinggal di asrama sepanjang jagaan saya dan yang ingin terus mengingati saya.

Alhamdulillah , Allah swt memberi sedikit kekuatan pada saya serta sedikit ilmu untuk dikongsi bersama dengan semua pelajar.Pengalaman mengajar di sini cukup bermakna kepada saya. Begitu juga pengalaman menjadi warden dan ketua warden selama 7 tahun banyak memberi saya kesedaran dan pengajaran dalam melaksanakan tugas saya.

Bebanan tugas yang tak kira masa semasa menjadi warden asrama mengajar kita erti kesebaran dan kecekalan. Saya amat rindukan suasana kerja di smk batu Gajah yang tak mungkin akan saya temui lagi. Rindu kepada rakan setugas seperti Che Iberahim (PK HEM), Us Bakri , cikgu Yusri, Cikgu Bon, Cikgu Nik, ABe tar, En Arif , En . Mazlan , Hj Idris dan ramai lagi yang amat sukar bagi saya melupakan akan bimbingan, bantuan, serta semangat kerja kumpulan di antara warga smk Batu Gajah,

Walau apa pun , itulah yang dikatakan kenangan yang akan menjadi abadi sepanjang kita mengharungi kehidupan dan perjalanan tugas seorang guru. Di tambah pula kepada ingatan kepada gelagat anak didik yang dijaga selama 7 tahun , penuh pelbagai kerenah dan perangai. Bagaimana lagak si kembar (manan dan azhar), Waraknya si zamaksyuri, alimnya moh Fuad, nakal si sanusi, aktifnya si teger wood, bermacam lagi sampai terlupa mereka. Di samping gelagat anak perempuan yang tak sunyi disampuk hantu raya, terkejut dik lipan, trekedu dik usikan si putera, saadiah dihambat ustaz tak turun solat, siti mariam tak lekang dengan sejadah, syazwani yang tak larat diusung. si rokiah dengan emah lembut bahasanya, adillya kaya dengan senyuman, si ema ketua pelajar yang sering tersengih serta si nuraini sering terkejut diampuk orang minyak dari bt 8.....itu cerita-cerita spontan anak-anak yang pernah saya jaga.

semua itu menjadi cerita yang akan membuat kita tersenyum sendirian bila teringat gelagat anak-anak . Namun anak sendiri lebih bermakna dijaga, melihat anak senyum terubat segala duka , melihat ketawa si isteri hancur luluh masalah di kepala. Bagi Saya keluarga adalah segala-galanya.